
Membangun Pusat Pengajian Islam Digital untuk Ummah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kami mengucapkan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar ke platform pengajian eHajj.my. Platform ini bukan sekadar ruang pembelajaran, tetapi sebuah perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki kualiti ibadah, dan mengejar syurga-Nya melalui pemahaman ilmu yang mendalam, bukan sekadar amalan ikutan.
Sejak dilancarkan pada September 2021, platform ini, yang dahulunya dikenali sebagai proumrahhaji.com dan kini sebagai eHajj.my, memberi manfaat buat lebih 3,000 pelajar dalam pengajian Haji dan Umrah. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perjalanan ini kini memasuki tahun ke-4. Tahun 2025 membawa sinar baru dengan pengukuhan di bawah naungan eHajj Academy serta pelancaran pengajian-pengajian baharu untuk memperluas horizon ilmu ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Indonesia, Brunei, Singapura, serta seluruh negara di Nusantara yang telah memberikan kepercayaan kepada kami sebagai sumber ilmu dan bimbingan. Kehadiran dan sokongan anda adalah inspirasi terbesar dalam meneruskan usaha murni ini.
Pengembangan Pengajian Ilmu ke Enam Pusat Pengajian Utama
Pada tahun ini, eHajj Academy dengan rendah hati memperkenalkan enam pusat pengajian di bawah pengurusan eHajj Academy untuk melengkapkan ilmu para pelajar dalam pelbagai bidang:
- Pusat Pengajian Ilmu Haji dan Umrah (PPIHU)
- Pusat Pengajian Ilmu Akidah dan Pemikiran Islam (PPIAPI)
- Pusat Pengajian Ilmu Fikah dan Ibadah (PPIFI)
- Pusat Pengajian Ilmu Al-Quran dan Hadis (PPIAH)
- Pusat Pengajian Ilmu Sirah dan Pembangunan Tamadun (PPIST)
- Pusat Pengajian Ilmu Kemasyarakatan Perspektif Islam (PPIKPI)
Komitmen Jihad Ilmu
Bermula Januari 2025, kami akan memperkenalkan dua kuliah ilmu baharu setiap bulan dalam pelbagai bidang yang disenaraikan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan pendidikan Islam berkualiti tinggi dapat diakses secara digital oleh setiap lapisan ummah.
Sebagai tambahan, kami dengan bangga melancarkan platform baharu, eMadrasah.my, untuk mendalami ilmu di luar pengajian Ilmu Haji dan Umrah. Mulai sekarang, pengajian Haji dan Umrah akan kekal di eHajj.my, manakala bidang-bidang lain akan diuruskan melalui eMadrasah.my. Kami menjemput anda melayari laman web www.emadrasah.my untuk maklumat lanjut.
Peranan Anda dalam Perjalanan Ini
Kami percaya, perjalanan ini tidak akan lengkap tanpa sokongan, pandangan, dan maklum balas daripada anda semua. Pandangan yang ikhlas adalah penyuluh jalan untuk kami terus maju, memastikan platform ini kekal relevan dan bermanfaat untuk umat Islam.
Dengan rendah hati, kami memohon doa daripada anda agar usaha kecil ini diberkati Allah SWT, diterima sebagai amal soleh, dan menjadi sebab bertambahnya kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga setiap ilmu yang diperoleh bukan sahaja menambah kefahaman tetapi juga mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.
Bersama Menuju Redha dan Syurga-Nya
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada eHajj Academy. Mari kita berganding bahu menuju kejayaan hakiki – kejayaan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Amiin.
Salam hormat,
Coach Fauzul Na'im Ishak
Ketua Pengarah eHajj Academy
Fahami Konsep Istito’ah
Konsep Istito’ah Bukan Sekadar Kewangan
Subsidi RM9.4 Juta untuk Jemaah Haji B40
Kadar Minimum Simpanan untuk Pendaftaran Haji Dinaikkan
Pasar Ilmu

The Art of Self-Leadership
Original price was: RM30.00.RM27.00Current price is: RM27.00.
Lihat Produk
Sell Your Way To The Top - Edisi Bahasa Melayu
Original price was: RM28.00.RM25.20Current price is: RM25.20.
Lihat Produk
The Art of Storytelling
Original price was: RM35.00.RM31.50Current price is: RM31.50.
Lihat Produk
The Art of Closing Sales 1.0
Original price was: RM35.00.RM31.50Current price is: RM31.50.
Lihat Produk
The Art of Affiliate Marketing
Original price was: RM35.00.RM31.50Current price is: RM31.50.
Lihat Produk
The Richest Man in Babylon (Edisi Bahasa Melayu)
Original price was: RM25.00.RM22.50Current price is: RM22.50.
Lihat Produk
Revolusi Mental Kepimpinan Karismatik
Original price was: RM35.00.RM31.50Current price is: RM31.50.
Lihat Produk
How to Win Friends and Influence People - Edisi Bahasa Melayu (2021)
Original price was: RM35.00.RM31.50Current price is: RM31.50.
Lihat Produk