Keahlian Sijil Asas Pemantapan Ibadah Haji dan Umrah (Percubaan 14 Hari)
Keahlian Sijil Asas Pemantapan Ibadah Haji dan Umrah (Percubaan 14 Hari)
Umrah dan Haji merupakan ibadah yang menjadi impian seluruh umat Islam. Namun ramai beranggapan bahawa Umrah dan Haji itu mudah dan boleh dipelajari hanya melalui google dan bahan bacaan untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan mereka mendapat maklumat yang kurang tepat dan komprehensif. Atas semangat untuk memastikan ummah mendapat ilmu terbaik dan terkini maka terhasillah program ini.
Kursus Sijil Asas Pemantapan Ibadah Haji dan Umrah merupakan sebuah pembelajaran interaktif berstruktur di atas talian sebagai persediaan jiwa dan rohani individu yang ingin ke Mekah dan Madinah samada sebagai Mutawwif atau Jemaah. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menunaikan Umrah & Haji dan menjadi mutawwif yang lebih bertauliah.
Kursus ini membincangkan mengenai persiapan rohani, sirah, komunikasi, kesihatan dan spiritual. Para Jemaah juga berpeluang untuk belajar dengan panelis yang berpengalaman luas dalam bidang Umrah & Haji.
Kursus ini dapat membantu menyelesaikan keraguan dan masalah yang sering menjadi persoalan lazim dalam kalangan bakal Jemaah. Kursus ini juga dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan pantang larang ketika berada di Tanah Suci.
Keahlian ini disertakan dengan:
- AKSES 14 HARI KEPADA RUANG PEMBELAJARAN SIJIL ASAS PEMANTAPAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
- AKSES 14 HARI SOAL JAWAB BERSAMA PAKAR