Description
Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.
Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.
Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.
Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika bergaji kecil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.
Reviews
There are no reviews yet.