Mulakan perjalanan menjadi Muslim Sejati hari ini
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
Surat Az Zariyat Ayat 56
Bangunkan kesedaran untuk menjadi Muslim Sejati, taqarrub dengan Allah dan dalami ajaran Islam komprehensif berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama muktabar melalui pengisian para pakar berkredibiliti di sini.
Rakan Kerjasama
Pengajian Januari 2025 | Pendaftaran Dibuka Sekarang
Kami dengan sukacitanya mengumumkan pendaftaran untuk pengajian Januari 2025 dibuka sekarang. Setiap bulan kami akan memperkenalkan dua pengajian baru khusus untuk meningkatkan pengetahuan Anda dalam ilmu khusus Islam. Sertai sekarang!!
KULIAH BERMULA 7 JANUARI 2025
Jemput Sertai Sekarang!!
Pengajian Ilmu Islam Berijazah
Kami menyediakan pilihan pengajian mengikut keperluan dan kehendak pelajar kami yang budiman. Kesemua pengajian ini akan diijazahkan ilmunya oleh para pakar yang memberikan pengajaran secara digital. Bidang pengajian adalah sepertimana berikut:
Pengajian Sedang Berjalan
Pengajian Akan Datang
Soalan Lazim
Pembelajaran di eHajj Academy ada 2 Mode bergantung kepada program dipilih. Kami sediakan Mode Pembelajaran Online Secara Kendiri, Online Secara Langsung (Untuk pembelajaran Kuliah ilmu dan Mastery) dan ada Secara Hibrid iaitu Online dann Offline (Ini untuk pembelajaran di peringkat persijilan Mastery).
Pembelajaran Secara Kendiri adalah pembelajaran melalui video yang dirakam ketika pembelajaran secara langsung. Ia boleh diakses 24 jam 7 hari seminggu 365 hari setahun.
Pembelajaran Secara Online Langsung (LIVE) adalah sesi Kuliah Ilmu dan juga coaching bersama para pakar runding yang dibawakan khas untuk menjawab segala persoalan berbangkit para pelajar.
Pembelajaran Secara Offline adalah sesi khas untuk program persijilan Mastery yang diadakan 2 hari satu malam bagi mempraktikkan segala pembelajaran secara online di eHajj Academy.
Program persijilan di eHajj.My terbahagi kepada 2 pakej iaitu Persijilan Asas dan Persijilan Mastery.
Persijilan Asas adalah untuk para individu yang ingin belajar secara mendalam ilmu haji dan umrah untuk amalan sendiri. Ini adalah sijil untuk pengamal. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak eHajj.My dengan diperakukan oleh Akademi Mutawwif (AMTC) dan FINE Training Academy Sdn Bhd
Persijilan Mastery ataupun lebih dikenali sebagai Persijilan Mutawwif Professional (Certified Professional Mutawwif) adalah persijilan hasil kerjasama antara pihak eHajj.My, Akademi Mutawwif (AMTC), FINE Training Academy Sdn Bhd dan International Innovative College. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak International Innovative College dengan diperakukan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).
Program persijilan di eHajj.My terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej Sijil Asas dan Pakej Sijil Mastery.
Pakej Sijil Asas adalah pakej yang tiada tempoh. Ia adalah langganan satu tahun dan selepas satu tahun para pelajar boleh memperbaharui langganan dengan kadar istimewa.
Pakej Sijil Mastery ataupun Persijilan Mutawwif Professional tempoh masanya adalah 12 minggu atau 3 bulan. Ia berlangsung selama 6 kali satu tahun. Jadual boleh rujuk di talian (+6) 011 5867 0272.
Persijilan di eHajj.My dikhususkan untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke atas. Tidak ada pra syarat khusus untuk menyertai program di eHajj.My.
Kami menyediakan 2 mode pembayaran iaitu Secara TUNAI, Pembayaran Secara Perbankan Online (Maybank2u, CIMB Clicks dsb) dan Pembayaran Melalui Kad Kredit / Kad Debit.
Pembayaran secara ansuran dua kali diberikan untuk Persijilan Mastery sahaja.