REALISASI IMPIAN ANDA MENJADI TETAMU

ALLAH BERMULA DI SINI

Jadi sebahagian daripada Ahli Komuniti Ilmu Umrah dan Haji terbesar secara Online di Malaysia

KENAPA ANDA INGIN SERTAI

Setiap insan Muslim pasti mengimpikan satu hari nanti untuk menjadi Tetamu Allah. Buat yang sudah menjejak kaki ke Mekah dan Madinah ingin mengulanginya. Namun apa bezanya menjadi Tetamu Allah tanpa kami dan bersama kami? Ini 3 sebab Anda ingin sertai kami:

no1
BELAJAR

Belajar dengan Para Pakar Bidang Umrah dan Haji untuk mendalami setiap sudut umrah dan haji dan meningkatkan kualiti ibadah menuju mabrur.

"Saya sertai program ini adalah untuk mendalami ilmu haji dan umrah dan mencari peluang kerjaya yang mendekatkan diri dengan Allah. Program ini amatlah bagus untuk kita belajar mengenai umrah dan haji."

Screenshot 2022-03-17 at 1.43.59 AM

Nurazniza Zulkurnain

SPHU Batch 2

belajardariehajj9
no2
BERKOMUNITI

Jadi sebahagian daripada ahli komuniti umrah dan haji terbesar di Malaysia secara online. Saling menyokong dan mendokong serta bina jaringan di seluruh dunia.

“Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Program ini. Ia mengajar saya erti kesabaran, takwa, pengorbanan, usaha dan tawakal. Kami mendapat pengisian holistik mengenai ibadah haji dan umrah.”

Screenshot 2022-03-17 at 1.32.08 AM

Nuha Binti Idris

SPHU Batch 2

berkomuniti
no3
BINA KERJAYA

Bina kerjaya dalam industri bernilai billion ringgit dengan belajar daripada ilmu dan pengalaman para pakar yang sudah bergiat dalam industri umrah dan haji melebihi 10 tahun.

"Saya seperti orang lain mempunyai impian mengerjakan haji dan umrah. Daripada kursus ini jalannya lebih mudah, saya juga dapat membantu membantu masyarakat, kaum keluarga dapat mengerjakan umrah dan haji sama sama."

Screenshot 2022-03-17 at 1.38.58 AM

Mohamed Noor Firdaus Aboo Backer

SPHU Batch 2

binakerjaya

Silibus Pembelajaran di eHajj.My

Program khas online pembelajaran Haji dan Umrah eHajj.My akan memandu Anda menjelajah setiap satu topik berkaitan secara terperinci dan mendalam.

ipad-vs-iphone-comparison

Melalui program pembelajaran Haji dan Umrah eHajj.My, Anda akan melalui proses pembelajaran melalui video pembelajaran yang menjelajah secara terperinci setiap topik berkaitan Haji dan Umrah. Daripada perkara sekecil-kecilnya hinggalah perkara sebesar-besarnya.

Anda akan dapat mempelajari:

Pengertian dan definisi setiap satu perkara berkaitan topik Haji dan Umrah
Hujah dalil daripada Hadis dan Al-Quran
Praktikal dalam mengaplikasikan setiap ilmu berkaitan haji dan umrah

Anda akan memperoleh panduan bagaimana untuk mencapai matlamat mengerjakan Umrah pertama dalam tempoh 3 bulan dan haji dalam tempoh 3 tahun.

Ia adalah metode yang praktikal dan terbukti berjaya berdasarkan pengalaman bertahun-tahun pakar membantu mereka yang ingin mencapai impian menjadi tetamu Allah di Baitullah.

Antara Pengisian Utama:

  • Apakah BIG WHY Untuk Mengerjakan Haji & Umrah?
  • Apakah Kesan Tidak Mengerjakan Umrah & Haji?
  • Apakah Kelebihan & Saranan Nabi Dalam Mengerjakan Haji dan Umrah
  • Dan banyak lagi

Kualiti Umrah dan Haji adalah bermula daripada niat dan tindakan sejak berada di sini. Ia akan menjadi penentu sama ada Umrah dan Haji diterima ataupun tidak.

Di sini Anda akan memperoleh panduan komprensif persediaan minda, emosi dan juga spritual.

Langkahan ke Baitullah bermula daripada sekarang.

Antara Pengisian Utama:

  • Perbahasan Berkenaan Hukum Mengerjakan Umrah
  • KNOW WHAT – Rukun & Wajib Umrah
  • KNOW HOW – 8 Amalan Sebelum, Semasa dan Selepas Berihram
  • Dan banyak lagi

Kualiti Umrah dan Haji adalah bermula daripada niat dan tindakan sejak berada di sini. Ia akan menjadi penentu sama ada Umrah dan Haji diterima ataupun tidak.

Di sini Anda akan memperoleh panduan komprensif persediaan minda, emosi dan juga spritual.

Langkahan ke Baitullah bermula daripada sekarang.

Antara Pengisian Utama:

  • Tashih Niat
  • Bertaubat
  • Mendapatkan Redha Ibu & Bapa
  • Dan banyak lagi

Khas untuk golongan wanita, ini adalah modul komprehensif situasi yang dihadapi oleh para wanita dalam umrah dan haji khususnya dan kehidupan harian amnya.

Ustazah Maznah mengupas setiap satu persoalan dan menjawab segala permasalahan yang difikirkan oleh wanita sepanjang mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Modul rujukan yang wajib ditonton oleh semua wanita yang ingin memastikan kualiti ibadah umrah dan haji pada tahap terbaik.

Antara Pengisian Utama:

  • Taharah
  • Maksud, Syarat-syarat & Tempoh Haid
  • Tempoh Suci & Warna Haid
  • Dan banyak lagi

Anda akan memperoleh kupasan terperinci sirah Rasulullah dan para sahabat yang berkaitan tempat-tempat penting di Makkatul Mukarramah.

Kupasan yang tuntas dengan penuh penghayatan ini akan menjadikan perjalanan umrah dan haji Anda lebih bermakna dan terpasak erat di hati.

Ia disertakan dengan penerangan babak-babak menarik dan apa kaitannya dengan ibadah. Suatu tambah nilai yang akan meningkatkan kualiti ibadah umrah dan haji Anda.

Antara Pengisian Utama:

  • Sejarah Kota Makkah Mukarramah
  • Nama-Nama Makkah & Sempadan Tanah Suci
  • Sejarah Ka’abah
  • Dan banyak lagi

Episod sirah Nabawiyyah di Madinatul Munawwarah dikupas dengan penerangan menarik yang menyebabkan Anda dapat membayangkannya.

Ini dapat menyebabkan diri lebih menghayati perjuangan Nabi dan para sahabat dalam peristiwa hijrah dan bagaimana ia menjadi pusat penyebaran Islam ke seantero dunia.

Ia juga akan menyebabkan kita rindu Rasulullah selalu.

Antara Pengisian Utama:

  • Sejarah Kota Madinah Munawwarah
  • Sirah Kedatangan Nabi Di Kota Madinah
  • Tempat Bersejarah Dalam Masjid Nabawi
  • Dan banyak lagi

Anda akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan ilmu komunikasi Bahasa Arab mudah berdasarkan situasi yang sering dihadapi oleh para jamaah umrah dan haji.

Kemahiran ini akan memudahkan Anda berinteraksi terutamanya pada situasi yang amat memerlukan kemahiran Bahasa Arab.

Suatu ilmu yang amat berharga sepanjang berada tanah suci. Khas buat yang bertindak segera.

Antara Pengisian Utama:

  • Komunikasi Di Money Changer
  • Pertanyaan
  • Kata Ganti Nama
  • Dan banyak lagi

Anda akan memperoleh penerangan tuntas mengenai pakar umrah dan haji yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Yang berbahagia Dato' Haji Md Daud Che Ngah.

Beliau akan menerangkan setiap satu perkara yang boleh dan tidak sepanjang menjalankan umrah haji. Penerangan yang diselitkan dengan kajian kes sebenar hasil pengalaman bertahun-tahun dalam bidang umrah dan haji.

Antara Pengisian Utama:

  • Permasalahan Lazim Jemaah Umrah
  • Isu Wanita Haid
  • Isu Syarat Tawaf Dan Daimul Hadath
  • Dan banyak lagi

Anda akan memperoleh penerangan terperinci persiapan sebelum, semasa dan selepas menjalankan ibadah umrah dan haji.

Keperluan penting untuk mempersiapkan fizikal dalam menghadapi apa sahaja kemungkinan sepanjang melaksanakan ibadah umrah dan haji.

Antara Pengisian Utama:

  • Persediaan Kesihatan Bagi Jemaah Yang Melaksanakan Umrah & Haji
  • Persediaan Kesihatan Sebelum Ke Mekah Dan Madinah
  • Persediaan Kesihatan Semasa Di Mekah Dan Madinah
  • Dan banyak lagi

 

Anda akan memperoleh ilmu yang amat berguna buat para individu sama ada menjadi jemaah ataupun mutawwif dan mutawwifah.

Ilmu untuk mengendalikan situasi cemas yang melibatkan sahabat dan keluarga sepanjang melaksanakan ibadah umrah dan haji.

Antara ilmu bonus yang jarang-jarang dikongsikan untuk bakal jemaah dan mutawwif.

Antara Pengisian Utama:

  • Pengenalan CPR
  • Panduan & Bahaya
  • Mengenal Pasti Keadaan Tindak Balas Pesakit
  • Dan banyak lagi

Banyaknya perkara mahu ingat mengenai umrah dan haji? Kami ada formula yang mudah di sini.

Anda akan perolehi formula mudah untuk kerjakan umrah menggunakan KAEDAH SALAK. Kaedah yang dicipta khas untuk memudahkan Anda mengingat, memahami dan terus amalkannya.

Mulakan sekarang untuk menguasai kaedah ini untuk kerja Umrah dan Haji Anda akan datang.

Antara Pengisian Utama:

  • Pengertian Dan Konsep Kaedah S.A.L.A.K
  • Persediaan Dokumen Dan Barangan Untuk Umrah
  • Ibadah Dan Ziarah Bagi Jemaah Umrah Yang Akan Ke Madinah Dahulu
  • Dan banyak lagi

Anda akan dapat menghayati firman Allah berkaitan Umrah dan Haji. Apakah falsafahnya dan kenapa ia adalah suatu tuntutan buat semua umat Islam.

Kupasan tuntas tadabbur ayat-ayat mengenai umrah dan haji daripada pakar tadabbur Al-Quran.

Antara Pengisian Utama:

  • Ayat – Ayat Al Quran Mengenai Haji Dalam Surah Al Baqarah
  • Tadabbur Surah Al Baqarah Ayat 196 hingga 200
  • Dan banyak lagi

Anda akan menulusuri perjalanan spiritual berdasarkan ibrah daripada pengorbanan keluarga Ibrahim A.S.

Bagaimana ia menjadi antara falsafah utama kepada pelaksanaan ibadah umrah dan haji. Hayati setiap satu episod kehidupan Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar dan kaitannya dengan setiap ibadah yang dikerjakan dalam umrah dan haji.

Ia menjadikan ibadah dan haji Anda lebih bermakna serta berkualiti.

Antara Pengisian Utama:

  • Disebalik Perintah Haji Dan Umrah Apakah Hikmah & Pengajarannya
  • Sejarah Pembinaan Baitullah
  • Sejarah Telaga Zam-Zam
  • Dan banyak lagi

Anda akan memperoleh tip terhebat daripada pakar kewangan terkenal, strategi untuk mengurus kewangan bagi mencapai impian umrah dan haji.

Ia adalah dengan menggunakan segala instrumen kewangan yang mudah dan praktikal.

Modul bonus yang tidak penah didedahkan di ruangan online lain. Hanya di sini sahaja.

Antara Pengisian Utama:

  • Persiapan Kewangan Sebelum Menunaikan Umrah
  • Memilih Instrumen Kewangan Untuk Menyimpan Tabungan
  • Perancangan Bajet Semasa Umrah & Haji
  • Dan banyak lagi

Dunia pelaksanaan haji dan umrah berubah seiring dengan perubahan suasana masa kini. Apabila berlaku pandemik Covid 19 di seluruh dunia menyebabkan kaedah pengurusan haji dan umrah di tanah suci Mekah dan Madinah juga berubah.

Di sini akan didedahkan S.O.P terbaru mengerjakan haji dan umrah sesuai dengan situasi terkini pasca Covid19

Antara Pengisian Utama:

  • S.O.P. Manual Pengurusan Perkhidmatan Umrah 
  • S.O.P. Pemilihan Pakej
  • S.O.P. Tawaf, Saie & Tahallul
  • Dan banyak lagi

Anda akan memperoleh panduan komprehensif mengerjakan haji untuk mendapatkan haji yang mabrur.

Ini adalah pengisian yang akan melengkapkan perjalanan Anda untuk menjadi tetamu Allah dan dapat mengerjakan ibadah haji yang berkualiti. Terus daripada pakar bidang haji dan umrah

Antara Pengisian Utama:

  • Hubungan Ibadah Umrah dan Haji
  • Hari-hari Penting Dalam Ibadah Haji
  • Wuquf di Arafah
  • Dan banyak lagi

Apa yang akan berlaku pada diri apabila sudah selesai mengerjakan haji dan umrah? Adakah Anda akan menjadi insan yang berbeza berbanding sebelumnya?

Ustaz Long akan memperincikan apa yang perlu dibuat untuk istiqamah meneruskan tarbiyyah haji dan umrah dan bagaimana untuk mengaplikasikannya ke dalam kehidupan harian.

Antara Pengisian Utama:

  • Cabaran Istiqamah Selepas Pulang Dari Tanah Suci
  • Tips Menjadikan Allah Sebagai Paksi Kehidupan
  • Cara Berhubung dengan Allah
  • Dan banyak lagi

PARA PAKAR KAMI

Barisan pakar yang membuat pembentangan dalam program umrah dan haji paling komprehensif secara online

RAKAN KERJASAMA

LogoFINE
LogoAMTC
LogoYEG
LogoYEG

Soalan Lazim

Pembelajaran di eHajj.My adalah dalam MODE HIBRID. Pembelajaran Online Secara Kendiri, Online Secara Langsung (LIVE) dan ada Secara Offline (Ini untuk pembelajaran di peringkat persijilan Mastery).

Pembelajaran Secara Kendiri adalah pembelajaran melalui video yang dirakam khas dan dapat ditonton mengikut silibus modul berbentuk kapsul video 5 ke 10 minit.

Pembelajaran Secara Online Langsung (LIVE) adalah sesi coaching bersama para pakar runding yang dibawakan khas untuk menjawab segala persoalan berbangkit para pelajar (Hanya untuk pakej Mastery sahaja).

Pembelajaran Secara Offline adalah sesi khas untuk program persijilan Mastery yang diadakan 2 hari satu malam bagi mempraktikkan segala pembelajaran secara online di eHajj.My.

Program persijilan di eHajj.My terbahagi kepada 2 pakej iaitu Persijilan Asas dan Persijilan Mastery.

Persijilan Asas adalah untuk para individu yang ingin belajar secara mendalam ilmu haji dan umrah untuk amalan sendiri. Ini adalah sijil untuk pengamal. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak eHajj.My dengan diperakukan oleh Akademi Mutawwif (AMTC) dan FINE Training Academy Sdn Bhd

Persijilan Mastery ataupun lebih dikenali sebagai Persijilan Mutawwif Professional (Certified Professional Mutawwif) adalah persijilan hasil kerjasama antara pihak eHajj.My, Akademi Mutawwif (AMTC), FINE Training Academy Sdn Bhd dan International Innovative College. Sijil ini dikeluarkan oleh pihak International Innovative College dengan diperakukan oleh Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji (PAPUH).

Program persijilan di eHajj.My terbahagi kepada dua pakej iaitu Pakej Sijil Asas dan Pakej Sijil Mastery.

Pakej Sijil Asas adalah pakej yang tiada tempoh. Ia adalah langganan satu tahun dan selepas satu tahun para pelajar boleh memperbaharui langganan dengan kadar istimewa.

Pakej Sijil Mastery ataupun Persijilan Mutawwif Professional tempoh masanya adalah 12 minggu atau 3 bulan. Ia berlangsung selama 6 kali satu tahun. Jadual boleh rujuk di talian (+6) 011 5867 0272.

Persijilan di eHajj.My dikhususkan untuk para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke atas. Tidak ada pra syarat khusus untuk menyertai program di eHajj.My.

Kami menyediakan 2 mode pembayaran iaitu Secara TUNAI, Pembayaran Secara Perbankan Online (Maybank2u, CIMB Clicks dsb) dan Pembayaran Melalui Kad Kredit / Kad Debit.

Pembayaran secara ansuran dua kali diberikan untuk Persijilan Mastery sahaja.

Perjalanan menjadi tetamu Allah Anda bermula di sini

Pohon isikan perincian di bawah untuk memudahkan pihak kami menghubungi Anda bagi menyediakan pakej terbaik buat Anda. Pakej disediakan berdasarkan keperluan dan sasaran Anda menyertai komuniti ini. Kami sediakan 2 pakej, Asas untuk mereka yang ingin menjadi Tetamu Allah dan Advance untuk mereka yang ingin menjadi Penggiat Industri Umrah dan Haji.

Pohon isikan Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
Ini akan dijadikan sebagai LOGIN ID. Pohon masukkan No. Kad Pengenalan tanpa sempang 9 (Contoh: 590201085080]
Pohon masukkan emel peribadi yang sering dan mudah diakses oleh Anda
Pohon pilih sesi yang sesuai dengan kelapangan masa Anda
ipadehajj

HUBUNGI KAMI

Anda berminat untuk tahu lanjut bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Komuniti eHajj.My? Sila hubungi talian HOTLINE ataupun KLIK BUTANG DI BAWAH. Kami menunggu panggilan daripada Anda.