E-Learning Umrah & Haji (Mastery Package)

01/09/2021

Umrah dan Haji merupakan ibadah yang menjadi impian seluruh umat Islam. Namun ramai beranggapan bahawa Umrah dan Haji itu mudah dan boleh dipelajari hanya melalui google dan bahan bacaan untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan mereka mendapat maklumat yang kurang tepat dan komprehensif. Atas semangat untuk memastikan ummah mendapat ilmu terbaik dan terkini maka terhasillah program ini.

Kursus e-mutawwif Umrah dan Haji merupakan sebuah pembelajaran interaktif berstruktur di atas talian sebagai persediaan jiwa dan rohani individu yang ingin ke Mekah dan Madinah samada sebagai Mutawwif atau Jemaah. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menunaikan Umrah & Haji dan menjadi mutawwif yang lebih bertauliah.

Kursus ini membincangkan mengenai persiapan rohani, sirah, komunikasi, kesihatan dan spiritual. Selain itu, para Jemaah juga berpeluang untuk merancang kewangan sebagai persediaan ke Tanah Suci. Para Jemaah juga berpeluang untuk belajar dengan panelis yang berpengalaman luas dalam bidang Umrah & Haji.

Kursus ini dapat membantu menyelesaikan keraguan dan masalah yang sering menjadi persoalan lazim dalam kalangan bakal Jemaah. Kursus ini juga dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan pantang larang ketika berada di Tanah Suci.

Objektif Kursus

  • Memberi pendedahan secara ilmiah mengenai falsafah, hikmah dan matlamat Umrah & Haji.
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Umrah & Haji berserta penyelesaian yang sesuai.
  • Membentuk jiwa dan rohani yang kuat sebagai persediaan awal yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah.
  • Membincangkan kupasan mengenai permasalahan Fiqh yang berkaitan dengan Umrah & Haji

Bahan Disertakan

  • 195 Rakaman video (15 Modul) berstruktur dan interaktif
  • 15 Buku kerja disediakan dalam format PDF
  • Sijil Pentauliahan AMTC-OUM (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
  • PERCUMA 5 Buku Berkaitan Umrah & Haji (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
    • 1 Buku S.O.L.U.S.I Menuju Baitullah Bernilai RM30
    • 1 Buku Mudahnya UMRAH dengan Kaedah S.A.L.A.K Bernilai RM30
    • 1 Buku Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah Bernilai RM30
    • 1 Buku Madinah Munawwarah: Kelebihan dan Sejarah Bernilai RM30
    • 1 Buku Fadilat Umrah dan Ziarah Bernilai RM30
  • PERCUMA Coaching Berkumpulan Bersama Para Pakar Bidang Daripada AMTC Bernilai RM150 (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
  • PERCUMA Coaching Secara Individu Bersama Pakar x 3 Pertemuan Bernilai RM1,500 (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
  • PERCUMA Voucher Pakej Umrah Kembara Penyucian Jiwa Train The Trainer Bernilai RM500 (Tertakluk kepada Terma & Syarat)
  • PERCUMA 1x Peluang untuk Diaudit dan Memperoleh Sijil Tauliah Mutawwif Professional OUM-AMTC Bernilai TIDAK TERNILAI

PERINCIAN PENGISIAN PROGRAM PERSIJILAN PROFESIONAL HAJI DAN UMRAH

MODUL 1: SOLUSI MENUJU BAITULLAH

MODUL 2: FIQH UMRAH

Miqat

Badal Umrah

Sunat Saie

Tertib

Tahallul

Dam & Dosa

MODUL 3: 9 PERSIAPAN ROHANI MENURUT IMAM NAWAWI

MODUL 4: FIQH WANITA DALAM BAB UMRAH HAJI

Taharah

MODUL 5: PENGHAYATAN SIRAH MAKKAH

Muzdalifah

Taif

MODUL 6: PENGHAYATAN SIRAH MADINAH

MODUL 7: ASAS KOMUNIKASI BAHASA ARAB DI 2 KOTA SUCI

Pertanyaan

MODUL 8: PERMASALAHAN LAZIM JEMAAH HAJI DAN UMRAH

MODUL 9: TIPS KESIHATAN JEMAAH UMRAH HAJI 

MODUL 10: ASAS CPR

CPR Bayi

MODUL 11: FIQH UMRAH KAEDAH S.A.L.A.K

MODUL 12: TADABBUR AYAT QURAN BERKAITAN UMRAH HAJI

MODUL 13: SPIRITUAL UMRAH HAJI

MODUL 14: TIPS KEWANGAN JEMAAH UMRAH HAJI

MODUL 15: S.O.P. JEMAAH UMRAH HAJI

MODUL 16: I.S.T.I.Q.A.M.A.H PASCA UMRAH HAJI

MODUL 17: FIQH BERKAITAN HAJI

This section does not have any lessons.

Course Information

Difficulty: rendah

Tags: ,