Program Persijilan Asas Umrah & Haji [KHAS BDC]

01/09/2021

Umrah dan Haji merupakan ibadah yang menjadi impian seluruh umat Islam. Namun ramai beranggapan bahawa Umrah dan Haji itu mudah dan boleh dipelajari hanya melalui google dan bahan bacaan untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan mereka mendapat maklumat yang kurang tepat dan komprehensif. Atas semangat untuk memastikan ummah mendapat ilmu terbaik dan terkini maka terhasillah program ini.

Kursus Persijilan Asas merupakan sebuah pembelajaran interaktif berstruktur di atas talian sebagai persediaan jiwa dan rohani individu yang ingin ke Mekah dan Madinah bagi menjadi tetamu Allah.

Kursus ini dapat membantu menyelesaikan keraguan dan masalah yang sering menjadi persoalan lazim dalam kalangan bakal Jemaah. Kursus ini juga dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan pantang larang ketika berada di Tanah Suci.

Objektif Kursus

  • Memberi pendedahan secara ilmiah mengenai falsafah, hikmah dan matlamat Umrah & Haji.
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Umrah & Haji berserta penyelesaian yang sesuai.
  • Membentuk jiwa dan rohani yang kuat sebagai persediaan awal yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah.
  • Membincangkan kupasan mengenai permasalahan Fiqh yang berkaitan dengan Umrah & Haji

Bahan Disertakan

  • 50 Rakaman video (2 Modul) berstruktur dan interaktif
  • 2 Buku kerja disediakan dalam format PDF

PERINCIAN PENGISIAN PROGRAM PERSIJILAN ASAS UMRAH DAN HAJI

MODUL 1: SOLUSI MENUJU BAITULLAH

MODUL 2: FIQH UMRAH

Miqat

Badal Umrah

Sunat Saie

Tertib

Tahallul

Dam & Dosa

Course Information

Difficulty: rendah

Tags: ,