Sijil Asas Pemantapan Ibadah Haji dan Umrah

23/03/2022

Umrah dan Haji merupakan ibadah yang menjadi impian seluruh umat Islam. Namun ramai beranggapan bahawa Umrah dan Haji itu mudah dan boleh dipelajari hanya melalui google dan bahan bacaan untuk menyempurnakannya. Ini menyebabkan mereka mendapat maklumat yang kurang tepat dan komprehensif. Atas semangat untuk memastikan ummah mendapat ilmu terbaik dan terkini maka terhasillah program ini.

Kursus Pemantapan Ibadah Haji dan Umrahmerupakan sebuah pembelajaran interaktif berstruktur di atas talian sebagai persediaan jiwa dan rohani individu yang ingin ke Mekah dan Madinah samada sebagai Mutawwif atau Jemaah. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang ingin menunaikan Umrah & Haji dan menjadi mutawwif yang lebih bertauliah.

Kursus ini membincangkan mengenai persiapan rohani, sirah, komunikasi, kesihatan dan spiritual. Para Jemaah juga berpeluang untuk belajar dengan panelis yang berpengalaman luas dalam bidang Umrah & Haji.

Kursus ini dapat membantu menyelesaikan keraguan dan masalah yang sering menjadi persoalan lazim dalam kalangan bakal Jemaah. Kursus ini juga dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hukum dan pantang larang ketika berada di Tanah Suci.

Objektif Kursus

  • Memberi pendedahan secara ilmiah mengenai falsafah, hikmah dan matlamat Umrah & Haji.
  • Mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Umrah & Haji berserta penyelesaian yang sesuai.
  • Membentuk jiwa dan rohani yang kuat sebagai persediaan awal yang terbaik untuk menjadi tetamu Allah.
  • Membincangkan kupasan mengenai permasalahan Fiqh yang berkaitan dengan Umrah & Haji

Bahan Disertakan

  • 8 Modul + 2 Modul berstruktur dan interaktif
  • 10 Buku kerja disediakan dalam format PDF

PERINCIAN PENGISIAN KURSUS PEMANTAPAN IBADAH HAJI DAN UMRAH

MODUL 1: SOLUSI MENUJU BAITULLAH

MODUL 2: 9 PERSIAPAN ROHANI MENURUT IMAM NAWAWI

MODUL 3: FIQH UMRAH

Miqat

Badal Umrah

Sunat Saie

Tertib

Tahallul

Dam & Dosa

MODUL 4: FIQH HAJI

MODUL 5: FIQH WANITA DALAM BAB UMRAH HAJI

Taharah

MODUL 6: PERMASALAHAN LAZIM JEMAAH HAJI DAN UMRAH

MODUL 7: TIPS KESIHATAN JEMAAH UMRAH HAJI 

MODUL 8: I.S.T.I.Q.A.M.A.H PASCA UMRAH HAJI

MODUL BONUS 1: ASAS KOMUNIKASI BAHASA ARAB DI 2 KOTA SUCI

Pertanyaan

MODUL BONUS 2: TADABBUR AYAT BERKAITAN UMRAH DAN HAJI

+56 enrolled

Course Information

Difficulty: mudah, sederhana

Tags: ,