Coach Fauzul Na’im Ishak

Report Abuse

makan
0 0 Ulasan
Ditampilkan Terkenal

Fauzul  Na’im  Ishak  adalah  Master  Trainer  dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE.  Beliau  adalah  jurulatih yang diberikan  kepercayaan  untuk  memperkasa potensi diri warga kerja dengan  mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,  Tenaga  Nasional  Berhad  dan  Syarikat  Bekalan  Air Selangor.

Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan  Perunding  Latihan  dan  Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau  adalah  Certified  NLP  Master  Practitioner  (ABNLP), Certified  NLP  Master  Coach (ABNLP),  Certified  Master Practitioner  of  Time  Line  Therapy™,  Certified  Practitioner  of Hypnotherapy, Certified Laughter Yoga Leader, Certified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer  GE International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia,  Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.

Biodata Mutawwif/Mutawwifah

Nama
Fauzul Na'im Bin Ishak
Status Perkahwinan
Sudah Berkahwin
Pendidikan Tertinggi
Ijazah
Pengalaman Kerja
Lebih 10 Tahun
Info Pengalaman Kerja
Editor PTS Publications & Distributor Sdn Bhd : 2001 hingga 2002
Pengurus Penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd: 2003 hingga 2005
Pengurus PTS Millennia Sdn Bhd : 2003 hingga 2009
Pengurus Besar Penerbitan PTS Group : 2003 hingga 2011
Pengarah Penerbitan PTS Group : 2011 hingga sekarang
Pengarah Urusan FINE Training Academy Sdn Bhd: 2011 hingga sekarang
Pengalaman Haji & Umrah
1 – 2 Tahun
Hobi & Kegemaran
Membaca dan Berkongsi Ilmu
Kemahiran Diri
Membangunkan web, bermain bola keranjang dan bercakap di hadapan orang

Video Pengenalan & Promosi

Lokasi & Alamat Perkhidmatan

Maklumat Untuk Dihubungi

Alamat
9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Taman Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Maleisië
Nombor Telefon
Nombor WhatsApp
Info Social

Ruangan Blog

Pengalaman Haji & Umrah
Alhamdulillah saya berpeluang mengikuti jelajah umrah pertama pada bulan Mac 2023, bersama kurang 80 orang jemaah di bawah agensi umrah Fly High Travel & Tours Sdn Bhd.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur terus ke Jeddah dan berada di Mekah, berada di sana selama 5 hari 4 malam dan terus ke Taif untuk jelajah bumi Taif dan bermalam di sana satu malam.

Kemudian bertolak ke Madinah dan berada di sana selama 4 hari 3 malam.

Hubungi Menggunakan Borang

Coach Fauzul Na’im Ishak 0 ulasan

Tuliskan Ulasan Anda

Tiada lagi ulasan setakat ini.

Tuliskan Ulasan Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *