Al-Quran Berbicara Tentang Cinta & Jodoh

RM28.00

Apabila sahaja kita mempunyai niat untuk berpasangan, pastinya pelbagai perkara bermain di dalam fikiran. Kita akan berasa takut tersalah arah dan tersasar bersama pasangan. Usah bimbang! Ini adalah fitrah umat yang beriman. Pasti akan ada rasa takut untuk bercinta kerana bimbang akan tersasar. Kelahiran buku ini akan memberikan panduan kepada kita mengenai cinta dan alam perkahwian.

-
+

Specs

Category:

Description

Antaranya:

• Mengapakah kita perlu berkahwin?

• Adakah dia sesuai dijadikan pasangan kita sehingga ke akhir hayat?

• Benarkah pasangan bagaikan pakaian di antara satu sama lain?

• Isteri itu wanita makhluk yang misteri?

• Apakah peranan bapa dalam pendidikan anak-anak?

• Apakah dosa-dosa isteri yang mesti dijauhi?

Penulis buku ini telah membincangkan buku ini kepada 4 fasa percintaan. Bermula dengan mencari si dia, diikuti memilih pasangan yang sesuai kemudian berkahwin dan seterusnya melayari bahtera perkahwinan bersama-sama. Fasa-fasa ini semestinya akan dilalui oleh setiap daripada kita yang sedang bercinta. Setiap fasa ini diperincikan dengan baik oleh kedua-dua penulis sebagai panduan untuk kita bersama pasangan. Jadikan alam percintaan kita suatu perkara yang indah bersama pasangan kita. Jangan jadikan alam percintaan tempat kita membuat dosa dan maksiat kerana ianya suatu kerugian yang besar. Capailah redha tuhan dalam kehidupan kita bersama pasangan semoga dapat bertemu kembali di alam Syurga.