Damai Dengan Al-Quran

RM30.00

Buku Damai dengan Al-Quran adalah sebuah buku yang menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebagai motivasi dan ‘healing. Buku ini isinya ringkas tetapi padat dan berbentuk info grafik. Amat mudah dan seronok untuk kita baca. Buku ini menghimpunkan ayat-ayat Al-Quran sebagai inspirasi untuk kita baca dan ambil pengajaran. Rugilah kita sebagai umat Nabi s.a.w, tetapi tidak menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan seharian. Semestinya wahyu agung ini adalah ‘ubat’ paling baik untuk kita baca dan mengambil ibrah daripadanya.

-
+

Specs

Category:

Description

Antara yang menarik daripada kandungan buku ini adalah:

1. Ayat-ayat Al-Quran yang mendamaikan sahabat Nabi s.a.w.

2. Bagaimanakah kita akan sentiasa berminda positif?

3. Himpunan ayat-ayat yang memberikan kita kekuatan untuk tidak berasa lemah dan berputus asa.

4. Bersama kesulitan, adanya dua bentuk kesenangan. Apakah ia?

5. Kisah-kisah nabi-nabi terdahulu untuk kita jadikan inspirasi dalam menghadapi ujian hidup.

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan karya bersama ustaz Dzul Khairi dan Puan Syafini ini. Marilah kita menghadirkan Al-Quran dalam kehidupan seharian kita tidak kira dalam keadaan yang senang mahupun susah.