Sale!

Tafsir Al Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Surah Abasa, Al Naziat, Al Naba’

Original price was: RM42.00.Current price is: RM37.80.

Di saat manusia melihat dunia adalah segala-galanya, huraian tiga surah di dalam buku ini akan mengheret kita untuk kembali ke Alam Akhirat. Menggambarkan sendiri bagaimana Kiamat akan membangkitkan manusia untuk ditanya segala amalan dan nikmatnya. Ketika kita asyik riang gembira menikmati kesedapan duniawi, huraian Tuan Guru terhadap tiga surah ini akan merenggut hati sanubari untuk kita telusuri setiap inci tubuh dan jari-jemari; adakah kita bersedia untuk berdepan Ilahi?
لم لى لي ما – ‘Wahai manusia! Kamu kafir dengan Aku ini, kamu baka apa? نر نز نم – daripada air mani. Sama ada kamu orang Arab, orang Melayu, orang Cina, baka raja atau baka apa pun; semua datang daripada air mani. Air mani keluar ikut mana? Keluar ikut saluran kencing! Kamu ini baka saluran air kencing, wahai manusia! Sama ada kamu seorang raja, tok guru, Tan Sri, Dato’ atau apa pun; semua keluar ikut saluran air kencing. Itu sahaja baka kamu. Kamu kena kenal baka kamu. Mudah-mudahan setelah kamu tahu, kamu tidak manggak (bongkak) dan tidak agah (sombong) dengan Aku.’
~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ~

-
+

Specs

Categories: ,

Description

Kiamat adalah tema utama buku ini. Semua tiga surah ini merupakan surah yang diturunkan di Mekah atau sebelum Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam berhijrah ke Madinah. Dengan latar penduduk Mekah yang sering berkasar kepada baginda, begitu jugalah latar konotasi yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menghuraikan ayat-ayat di dalam surah-surah ini.
Kadangkala, terkeluar kalimah makian dan carutan bagi menunjukkan gelora dan gegak gempita kandungan ayat-ayat Makkiyyah ini. Usah terkejut seandainya kita akan sesekali tertawa dan kerap kali menitiskan air mata saat membaca naskhah setebal tiga ratus halaman ini. Ada kalanya mungkin akan menangis teresak-esak mengenangkan kesediaan kita untuk berdepan dengan Hari Kiamat yang bakal tiba.

Additional information

Weight 0.35 kg