Tafsir Surah Al-Masad, Al-Nasr, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Maun & Quraisy

RM30.00

Bermula dengan kisah diganggu secara mental dan fizikal oleh Abu Lahab sehingga dimaki semula oleh Allah di dalam Surah al-Masad. Dikisahkan pula tentang tingkah laku orang-orang Arab Quraisy yang mempunyai wibawa dan kredibiliti di Semenanjung Arab. Disambung pula pada surah lain bagaimana penolakan orang yang ingkar kepada Allah dengan kufur kepada kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah.
Cantuman kisah dan peristiwa itu berakhir pada Surah al-Nasr yang menceritakan kemenangan usaha dakwah Rasulullah yang terang dan nyata.

Lenggokan dan lantunan butir bicara hikmah Tuan Guru mengasyikkan, apabila kita membaca baris-baris cerita Rasulullah yang mulia. Susunan huraian setiap ayat di dalam surah-surah ini melancarkan aliran kefahaman kita terhadap makna-makna perkataan yang jelas terpancar daripada lautan ilmu Tuan Guru yang dalam.

-
+

Specs

Category:

Description

Enam surah berangkai ini dihuraikan oleh al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara berpasangan. Surah al-Masad bersama Surah al-Nasr, Surah al-Kafirun bersama Surah al-Kawthar dan Surah al-Ma’un bersama Surah Quraisy.

Surah-surah pendek atau dikenali dengan nama ‘surah-surah lazim’ yang dilazimi oleh umat Islam membacanya di dalam solat, mengandungi cerita dan kisah suka dan duka Rasulullah Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam berdakwah di Mekah dan Madinah.

 

Additional information

Weight 0.22 kg