Mesej ‘Deep’ Dalam Al-Kahfi

RM35.00

Buku ini mengisahkan mengenai mesej-mesej yang tersirat di sebalik surah Al-Kahf. Antaranya surah ini memaparkan kisah tiga penguasa, la bermula dengan kisah raja yang telah memerintah dengan cara yang teramat zalim, disusuli raja zalim yang suka merampas harta kepunyaan orang-orang miskin. Namun kesudahannya amat membahagiakan, laitu kisah Raja Agung dalam lipatan sejarah iaitu Zulqarnain r.a. yang berjihad menyebarkan agama dan membela nasib golongan tertindas. Ulama berbeza pendapat dalam mengulas bagaimana Surah al-Kahf ini berfungsi untuk menyelamatkan kita daripada fitnah al-Masih Dajjal. Dajjal ini bukanlah seumpama jin yang boleh dihembus ayat-ayat al-Quran dan dia pun melarikan diri. Kita bukan memohon perlindungan daripada Dajjal secara fizikal semata-mata, tetapi kita memohon perlindungan daripada fitnahnya.

-
+

Specs

Category:

Description

Justeru, kehadiran buku ini akan membantu para pembaca untuk mengetahui bagaimanakah surah ini mampu menyelamatkan kita daripada Fitnah Dajjal. Antara isi kandungan buku ini adalah:

– Jangan Tertipu Dengan Perkara Ajaib

– Cukuplah Doa Ini Untuk Kebaikan Dunia

– Mengapa Mesti Mengikuti Syaitan Sedangkan Dia Membencimu?

– Guru dan Pemimpin yang Mesti Dijauhi.

– Erti di Sebalik Bekal Ikan

– Apakah Kesalahan Budak Tersebut?

– Amalan Mereka Musnah Bagaikan Haiwan Yang Sakit Perut

– Gambaran Terindah Syurga Pastikan anda tidak terlepas mendapatkan buku ini.

Buku ini adalah kesinambungan daripada buku Mesej Deep Dalam Al-Quran tulisan ustaz Dzul Khairi terbitan Faqih Synergiz. Gabungan daripada kedua-dua buku ini semestinya akan menambahkan lagi kecintaan dan kekaguman kita kepada mukjizat Al-Quran.