Warisan Al-Hadis: Antara Teras Dengan Dinamika Pemikiran

RM59.00

Buku ini membicarakan beberapa dimensi hadis semasa yang dikaitkan dengan langkah-langkah penyelesaiannya menurut perspektif hadis. Beberapa topik pilihan dimuatkan dalam buku ini bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan hadis secara terperinci. Hal ini menjadikan buku ini istimewa dari segi isu yang dibincangkan dan penulisannya pula sesuai dengan perkembangan dunia semasa. Perbincangan bukan setakat menyentuh aspek-aspek teras yang biasanya dibincangkan oleh ulama tradisional, malah melampaui sempadan masa apabila fenomena semasa dan sikap pro dan kontra dalam dunia hadis trut menjadi bahan perbincangan.

-
+

Specs

Category:

Description

Bab-bab dalam buku ini disunting untuk penerbitan oleh ahli bidang masing-masing dari Universiti Sains Malaysia. la diketuai oleh Mohd Radzi Othman, Profesor Madya di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian IImu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau merupakan pakar dalam bidang Hadis dan Agidah, bekas Ahli Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, bekas Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Syariah Bank Rakyat dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Pulau Pinang.