Tasawwur Islam Dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

RM35.00

Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah membawa perubahan besar dalam seluruh kehidupan masyarakat Melayu sehingga membentuk suatu tamadun bangsa yang kekal berkembang hingga ke hari ini. Salah satu kesan tamadun tersebut dapat dilihat melalui hasil persuratan silam yang telah mempertemukan para seniman, pemikir dan genius Melayu dengan dasar kreativiti yang berteraskan Tauhid. Hasil daripada pertemuan tersebut telah terbentuk suatu koleksi khazanah kesusasteraan Melayu yang cukup kaya dengan nilai-nilai keislaman sekali gus merubah puitika ritual animisme-hinduisme ke arah puitika spiritual Alam Tinggi.

Penghasilan karya kesusasteraan bukan sekadar memenuhi tuntutan kreativiti para seniman sebaliknya menjadi wadah ilmu dalam meningkatkan kepercayaan dan ketakwaan manusia terhadap Tuhan. Pertautan antara idealisme ajaran Islam dan penghasilan karya kesusasteraan mendapat perhatian utama para penulis di dalam buku ini. Sesuatu kajian terhadap kesusasteraan Islam tidak hanya bersandarkan kepada idealisme ajaran Islam sebaliknya harus pada masa yang sama berasaskan hasil persuratan yang telah dihasilkan. Ini menjadikan perbincangan terhadap kesusas- teraan Islam sebagai sesuatu yang teoritikal dan praktikal. Kedua-dua aspek berkenaan saling kait-mengait antara satu sama lain dan menjadi dasar kewujudan Tasawwur Islam dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional

-
+

Specs

Category:

Description