Description
Kelahiran buku ini menjawab banyak persoalan antaranya:-
Apakah lafaz zikir yang setepatnya menurut ajaran Nabi s.a.w.?
Apakah susunan zikir yang tepat?
Bagaimanakah cara kita berzikir?
Berapakah bilangan zikir yang perlu dilafazkan?
Nabi sa.w. bukan sahaja mengajarkan kita kaedah berzikir secara lahiriah, malah membimbing kita untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh dengan cara berzikir sepenuh perasaan, kesedaran dan penghayatan. Zikir itu bukan sahaja dilantunkan oleh lisan tanpa keterlibatan minda dan fizikal. Minda dan fizikal turut sama berzikir sehingga membantu kita untuk menterjemahkan zikir tersebut dalam kehidupan kita sehari-harian; merangkumi hubungan kita sesama manusia dan hubungan dengan alam.
Penulis ini bukan sahaja telah membantu kita untuk memahami zikir-zikir Nabawi selepas solat menurut ulasan dan kajian ulama, beliau malah sebelum ini pernah menulis sebuah buku yang menghimpunkan koleksi bacaan sunnah s.a.w. dalam solat yang telah diterbitkan oleh PTS Media Group. Gabungan antara dua buah buku ini diharap dalam menatijahkan kecintaan kita terhadap sunnah Nabi s.a.w. dengan seakar-akarnya.