⁠Tafsir Surah Hud

RM60.00

Buku Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi surah ini iaitu Surah Hud adalah penerbitan pertama buku tafsir oleh al-Marhum Tuan Guru. Ia diterbitkan pada tahun 1995. Mengapa surah ini dipilih oleh jawatankuasa penerbitan buku ini dahulu? Surah ini dipilih memandangkan al-Marhum Tuan Guru menghuraikannya dalam dua situasi. Pertama, situasi Tuan Guru belum memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Kedua, selepas Tuan Guru memegang tampuk pemerintahan di negeri Kelantan.

-
+

Specs

Category:

Description

Justeru, berdasarkan huraiannya kita boleh lihat perbezaan penerangan Tuan Guru. Tema utama Surah Hud ini terkandung di dalam ayat kedua; “(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatu pun melainkan Allah.” Mesej ini terkandung di dalam risalah semua para nabi sama ada Nabi Adam, Nabi Yunus, Nabi Hud, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan semuanya Alayhimussolatu was Sallam. Mesej ini universal yang disampaikan oleh para Nabi kepada kaumnya dan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam kepada seluruh manusia hingga akhir zaman.

Additional information

Weight 0.75 kg