Tafsir Surah Yunus

RM70.00

Kisah Nabi Yunus Alayhissalam terpapar dalam empat buah surah di dalam Al-Quran. Turutan penurunannya memberi ibrah dan pengajaran buat Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam. Kisah-kisah Nabi Yunus bermula turunnya daripada Surah al-Qalam, kemudian Surah Yunus, diikuti Surah al-Saffat dan akhir sekali di dalam Surah al-Anbiya’. Kandungan di dalam Surah Yunus ini melatari kejadian dan peristiwa yang berlaku semasa dakwah Rasulullah sewaktu di Mekah. Memberi semangat dan motivasi keramat sehingga baginda dapat bangkit setiap hari untuk berdakwah kepada penduduk Mekah ketika itu.

-
+

Specs

Category:

Description

Keutuhan tauhid Nabi Yunus bulat tekad kepada Allah, tidak mematahkan semangat baginda untuk terus berdakwah sehingga mereka menerima apa yang diseru. Deruan perasaan Nabi Yunus dalam usaha keras baginda berdakwah melatari intipati pengajaran kepada kita untuk tidak berhenti berjuang dan berbakti.

Additional information

Weight 0.80 kg